Tanggal 9 Julai 2011 kami sekeluarga pergi bercuti di Bukit Tinggi. Tarikh ini juga dinanti-nanti oleh seluruh rakyat malaysia. :) . Sebelum pergi tuh, memang dah mencari hotel untuk menginap. Mengikut rancangan nak tinggal 2 hari 1 malam. Tapi, malangnya takde bilik. Walaupun tak dapat nak book bilik, kami tetap nak pergi. Sehari pun cukuplah.

Pagi pukul 9 kami gerak ke Bukit Tinggi. Tak ramai juga kereta yang keluar atau masuk KL. Tapi ade sekatan polis selepas tol Gombak. Walaupun tak dapat book bilik, kami packing barang seperti yang dirancang. Mana tau ade bilik kosong. Dapat la merasa bermalam di Bukit Tinggi. Larat juga proton saga yang automatik dan guna minyak Ron 95 naik ke Bukit Tinggi. Pertama kali memandu naik bukit. Lepas ni nak cuba naik Genting pulak. :D Read the rest of this entry »

Yey! Gembira hati ibu hari ni sebab dapat tengok dengan mata sendiri Nurul Iman dah nak makan. Tak tau la dia makan ke tak masa kat nursery. Beli nestum yang tin kecil tuh pun tak abis-abis lagi. Takkan nak kasi minum susu aje. Nanti ibu riso Nurul Iman tak besar-besar. Papa rasa Nurul Iman dah cukup besar dan comel aje. HEHE.

Terdapat dua pendapat yang aku terima dari dua doktor pasal permakanan bayi ni. Mereka ni doktor kanak-kanak kat Prince Court. Read the rest of this entry »

Lama betol tak update blog ni. Memang leteh sangat2 dan tak hilang lagi rasanya ni. Kisah bermula bila Nurul Iman masuk wad lagi kat Prince Court. Ini rasanya kali yang ketiga. Dia masuk tgh hari rabu disebabkan muntah-muntah yang berterusan sejak malam sebelum tuh. Doktor kata mungkin ada jangkitan kuman. So, Nurul Iman masuk wad untuk dimonitor. Syukurlah, dah sehari tak muntah-muntah jadi boleh keluar hospital dah. Cuma, batok dan selsema dia masih ade lagi. Read the rest of this entry »

Tanggal 06/06/2011 genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Tarikh tuh jatuh plak pada hari Isnin. Tapi aku terpaksa MC hari tuh kerana sakit mata. Mungkin ade hikmahnya sebab aku dapat membeli hadiah untuk isteriku. Itupun secara online. :D . Balik aje dari klinik terus google kedai bunga yang boleh buat delivery dengan hanya menggunakan blackberry aku. Read the rest of this entry »

Hari ini sedih dan campur marah bila baca suratkhabar pasal bayi yang mati dicampak dari tingkat 5. Memang binatang betol orang yang buat tuh. Kalo taknak sekalipun janganlah buat macam tuh. Kalo kene hukum bunuh pun memang aku sokong. Geram betol ade orang macam gini. Read the rest of this entry »

Semalam kami pergi ke Mothercare KLCC. Ibu kata Mothercare ade buat karnival jualan murah. Ibu tahu pun sebab jadi member dan menerima pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas. Hebat betol mothercare ni. Kami sampai dalam pukul 3 petang. Memang ramai betol orang. Budak-budak pun ramai juga. Ada badut dan ahli silap mata. Read the rest of this entry »